KUALA LUMPUR: Honda Malaysia mencatatkan jualan lebih daripada 80,200 unit kereta pada 2022, melonjak 51 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, jualan tersebut mengatasi sasaran awal sebanyak 80,000 unit dan membolehkan Honda mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta nombor 1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional bagi sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.
Menurutnya, City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.
"2022 merupakan tahun mencabar dengan kekurangan cip global dan bencana banjir yang menjejaskan pengeluaran kereta kami.
"Kami bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar bagi memastikan penyerahan kereta yang tepat pada masa kepada pelanggan, terutamanya mereka yang menempah kereta semasa tempoh pengecualian cukai jualan," kata pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutifnya Hironobu Yoshimura dalam kenyataan tersebut.
Honda Malaysia berkata dari segi jualan serantau, wilayah tengah merupakan penyumbang tertinggi sebanyak 51 peratus, diikuti wilayah selatan dan utara masing-masing pada 19 peratus dan 17 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023
Honda mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kereta nombor 1 dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional bagi sembilan tahun berturut-turut sejak 2014.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
[TERKINI] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Honda Malaysia panggil balik tambahan 77,708 kenderaan
Langkah pencegahan untuk menangani kemungkinan kesukaran bagi menghidupkan enjin, kehilangan kuasa enjin atau kenderaan terhenti.
Honda Malaysia panggil semula 23,476 unit kenderaan
Syarikat itu berkata pemilik terbabit akan menerima surat makluman daripada Honda Malaysia beserta butiran panggilan semula serta stok yang ada.
Perhatian pemilik Honda Odyssey dan Accord
Penarikan semula itu membabitkan model tahun 2014 hingga 2017 bagi Odyssey dan model 2013 hingga 2016 bagi Accord kerana menghadapi masalah kegagalan pengesanan bateri.
Honda Malaysia sahkan insiden beg udara Takata pecah dalam kemalangan maut
Kemalangan tersebut telah mengakibatkan pemandu maut selepas beg udara diaktifkan ketika kejadian tersebut, menurut Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Harga kenderaan Honda naik hingga 3 peratus mulai tahun depan
Honda Malaysia mengesahkan peningkatan harga kenderaannya di antara 2 ke 3 peratus bermula Januari 2016 susulan kelemahan nilai ringgit.